Kadang kadang tuhan uji kita dengan sesuatu yang kita tidak sangka. Dimana sesuatu yang kita sangka tidak bakalan terjadi, akhirnya ia sendiri memakan dan menjamah setiap isi kekuatan yang mula kita pupuk. Ujian datang dalam pelbagai bentuk. Dimana kesabaran diuji. Ia bukan saja dalam bentuk penindasan jiwa. Tetapi pengkhianatan juga mampu terjadi.
Tetapi, siapa kita untuk menidakkan sesuatu itu terjadi. Siapa kita untuk menghalang sesuatu itu berlaku. Siapa yang peduli. Tiada siapa. Tiada makna bagi sesiapa. Hanya satu saja, yang setiap masa, setiap detik. tidak behenti merenung kau dalam keadaaan tidak sedar. Dia ada dimana mana. Dia ada pada setiap manusia. Dia tiada rupa, dia tiada wajah.
Tak salah memujanya. Pujian kepadanya lebih bermakna. Jika dibandingkan dengan pujian keatas super sapien yang setiap masa bertukar wajahnya.
Aku disini hanya bisa merenung. Di saat kurasa seperti nadi nadi aku ditarik. Dada aku ditepuk kuat. Berdegup bagai tidak mahu behenti. Kesakitan dalaman inilah yang bakalan membuatkan aku kuat. Mungkin bukan masa ini. Mungkin suatu masa. Jodoh, pertemuan dan ajal. Aku serahkan pada di sana. Aku tak mahu berkeras untuk menukarkan salasilah sebenarnya. Aku tekad, untuk menidakkan kisah purba, walaupun aku dirantai seribu kesakitan yang dicucuk cucuk. Allahualam. Kita bernafas, kita dipinjam. Esok lusa, abadi di sana. Persiapkan.
Moga pengakhiran indah. Amin...
No comments:
Post a Comment