Wednesday, April 15, 2020

Selayaknya

Jika pertemuan dirayakan dengan suka cita Perpisahan pun dirayakan dengan selayaknya Selamat beranjak setelah memberi jejak Terimakasih, aku merelakanmu.

untuk aku

Untuk diriku tenanglah sejenak perlahan lahan hembuskan nafas kaki masih berpijak di atas bumi bangkit kembali dan lekas pulihlah.

Saturday, April 4, 2020

02 rindu x sampai

02

Aku ingin mengenalimu, tanpa sedikit pun yg akan aku mahu pertikaikan.
Kerana ini rasaku padamu. Kerana kau satu, kau separas dari nafasku
Penglihatanku hanya tergambar lirikan senyumanmu yg tak pernah terjawab olehku. Bukan itu maksud aku, aku tidak mahu bersengketa,
Kerana ia sangat manis, hingga aku terasa pahit. Pahit menelan kemanisan itu. 

01 rindu

Rindu sama seseorang,
Yang buat pemikiran jadi celaru,
Yang buat gerak geriku menjadi haru biru, 
Bagaimanakah dia disana, 
Tersenyumkan beliau, 
Pedulikah beliau,
Hanya dengam melihat foto tanganmu terluka,
Hanya melihat kesayangan bermisai berekormu bercanda,
Sudah cukup membuatkan aku tersenyum tanpa diskriminasi.

Soal rindu itu satu kata,
Tetapi didalamnya ada seribu kata kata,
Yang tak mampu diucapkan,
Kerna ia sangat luas,
Seluas lautan rasa yg tidak terbatas,
Tetapi 
pantaskah aku mempunyai rasa itu? 
Atau ia hanya ilusi semata mata. 

Diamku ada seribu kerinduan yang tak terungkap

Sunday, March 8, 2020

aku kehilangan lautan itu

Aku mengenalimu agak lambat, masa aku mula mencintaimu dan menyayangi. Aku sedar kamu sudah menjadi kepunyaan orang.

Aku cuba menggapai kamu, tapi aku sedar, kau seseorang yg berpegang teguh pada pasangan kamu. Kamu cuba mahukan perhatian dari aku dan membayangkan aku adalah kekasihmu. Aku sedar. Aku tiada tempat dihati kau. Tapi kau begitu baik terhadap aku, sehingga aku terbuai dan terjatuh. Betapa beruntungnya kekasihmu memilikimu.

Aku pula, sedar dan mendapat jawapan yang jelas. Bukan semua layanan istimewa akan terbalas dengan cinta. Aku terpaksa redha dan bergerak setapak lagi walaupun aku dah mula penat dengan rasa yg tidak terbalas. 

Wahai hati... 

Bertabahlah.