Saturday, November 29, 2014

SYANAZ
SSuci
YYakin
AAmanah
NNaif
AAlim
ZZuhud

Buah hati ku sayang

Walaupun sakit, aku terpaksa laluinya. Aku rindu padamu.

29/11/ konvo/sedih

Hari ini, sepatutnya adalah hari kegembiraan untuk aku.

Konvokesyen.

Penamat bagi sebuah pembelajaran dan kebebasan.

Aku harapakan kegembiraan kan kembali berputik.

Tapi sayang, aku telah melanggar peraturan.

Aku tegur dia. Tapi responnya masih sama.

Aku bukan yang pertama lagi. dan aku memang bayang-bayang yang tak pernah wujud.


takpelah, ujian akan terus ada. bersabarlah.

Sedih tanpa family, hidup diperantauan. Bekas kekasih dah tak peduli.
Hidup aku kembali di seret jalan. dipijak-pijak hati. tapi takpelah. kalau tak aku tak sedar.

Aku doakan kau tenang selalu. Berdoalah tanpa pernah rasa jemu. kerana itu je lah cara yang aku mampu.

Jangan jadi macam aku. Dah tersungkur. Baru nak menghargai. Pedih. memang pedih.
Tuhan saja yang tau.

Malam ini aku menangis sekali lagi. tak pasti bila kegembiraan akan kembali lagi. apa yang dipinjam telah diambil kembali. kalaulah boleh kupinjam sekali lagi. akan aku jaga dan hargai sekali lagi sepenuh hati. itu janji aku.

Tapi jika tiada lagi. Aku redha. Ada perancangan yang lebih baik untuk masa depan.

Amin.

Sunday, November 16, 2014

macam mana kau boleh terima pukimak tu balik.

mudahnya...

jangankan ke 2,3 atau ke 4 kali.
yang pertama kali tu adalah dia.

Dan yang seterusnya.
mungkin adalah kekesalan dia.

Baik matikan sebelum dia membunuh kau selagi lagi.
Fahami, dunia ini kejam. dan apa yang kejam adalah kekesalan.


Thursday, November 13, 2014

Aku dah fade up dan aku mahu kehadapan, tanpa menoleh apa di belakang. sebab aku dah hilang feeling. sebab yang lepas semuanya adalah kebodohan nyata kecuali zaman kanak-kanak aku yang hepi. aku lagi best dari sapa-sapa. sebab aku memang hebat.

Tuesday, November 11, 2014

Kalau kau membaca. aku cuma nak bagitau, cukup cukup dengan perkara itu. Buang la kisah lama.

Aku tak mintak lebih, cukuplah sekadar berkawan.

Adakah kau ingin buang kawan yang pernah ada di selaput hati kau.

Aku tak pernah membuang. Aku hanya manusia yang melakukan kesilapan.

Perlukah dihukum aku sebegini sampai sanggup membuang kawan?

Monday, November 10, 2014

TAMAT

Ini lagu terakhir yang boleh aku dendangkan. masa takkan berpatah, masa akan terus ke hadapan. Biar masa yang menentukan. Tuhan je tempat aku mengadu. Amin.


sudah sampai masa berputus asa dan berserah. cahaya tidak akan kembali.

This band make me feel you


Sunday, November 9, 2014

Jika sekarang ada yang membaca wasilah aku di dalam blog ini,
kalian anggaplah aku sebagai manusia yang baru nak mengenal dunia.

Dari aku kosong pasal cinta. kini aku dianugerahkan pengalaman, keperitan, dan kesabaran.

Aku dahulunya memandang remeh pasal cinta. sekali kau yakin ia sudah hilang. masa itulah kau akan diberi pengajaran baru. Jangan bercerita dan meluahkan dengan seseorang
yang tidak punya pengalaman. Dia tidak akan mendengar rintihan kau.

Kalau tidak ada. Diam. dan berdoa agar esok akan kembali pulih semula.

Jangan berdendam, walaupun kau berdendam yang dalam.

Terima kasih dengannya. Kerana ada sebab dia nak bagi kita jadi macam ni.
Sebab kita banyak lupa nak berdoa.

Cuba munasabah diri.

Dia tidak nampak, tapi dia selalu ada dengan kalian.
Jangan lupa berdoa selalu.

AMIN
Kau penah rasa sakit?
Kau pernah rasa dendam?
kau pernah rasa rindu?

Jangan buat hati orang, nanti kena balik diri sendiri.
kau tau apa tu kejam? kau tau apa itu perit.

kau taknak, kau buang. kau nak, kau tatang.
kau kata sayang, tapi mana sayangnya?

Kau janji sana, kau janji sini.
yang pegang aku. kau pulak buang.

kau selalu janji! kata supaya jangan ditinggalkan.
tapi kau yang meninggalkan.

Aku manusia, kau manusia.
kau ada hati, aku ada hati.

Saat kau membuang, aku mula membina.

Aku manusia, aku bukan khalifah.

Aku taknak perasaan ini. tapi kenapa perasaan ini selalu ada.

Aku cuba melupai, tapi bila malam, bila sendiri. perasaan ini datang lagi.
terbawa sampai mimpi.

bangun pagi, hanya aku berharap. semua ini mimpi.
tapi yang pasti ini realiti.

Aku melawan, hari-hari aku melawan. Tapi sekarang baru aku sedar. Yang tinggal hanya
aku saja ditengah tengah pulau, ditinggalkan Bot, dan setiap masa menanti bot itu datang kembali. Tapi bila bot itu datang, adakah aku masih di pulau itu.

Aku hanya mengikut masa. masa yang menentukan.

Mulai ini, aku benci manusia.

Sebab janji, hanya aku saja pegang disebabkan kesilapan lama.

Aku tidak boleh menerima wanita lain. kerana hati aku dah batu.



Tuesday, October 21, 2014

selamat berjalan jalan ke masa hadapan...
sedih-sedih tak kemana, mari plan tentang jangka masa hadapan.
Beli umah dekat kawasan gunung berapi, kolam renang 18 kaki, baju kemeja berjenama israel. Kumpul 10k ke 18 k. Datang rumah ex, melamar. Ikhlas. Ini hala tuju aku. Bina keluarga. Anak aku, aku didik jadi player bola, walaupun mama dengan aunty dia tak setuju. Lepas berjaya tinggal dekat UK. Bukan jadi lepat.

Bukan omong kosong.

Target, kumpul duit, hantar ayah pergi haji. Hajatnya begitu tinggi. Moga tuhan mempermudahkan.

Insyaallah. Kata kata jangan jadi kosong. Usaha dari sekarang, cukuplah 3 tahun jadi orang tak berguna.

Monday, October 20, 2014

perasaan kecewa, apabila sesorang yang kita sayang dah layan kita sebagai orang biasa, mungkin musuh. mungkin sebaliknya.

Takpelah, tuhan maha adil. Tuhan balas balik apa yang aku pernah buat dekat dia.
Tapi percayalah. Hati ini langsung tak terdetik untuk mengecewakan. Nak jentik pun tak berani. Tapi kata-kata lebih tajam dari perbuatan. Atau perbuatan lebih berbisa dari perkataan.

Terimalah seadanya.

Jika ada kesempatan. Apa yang dirindui. Akan dikembalikan.

Jika tidak...

Teruskan mengayuh...

Bersabarlah.

Sunday, October 19, 2014

Dugaan...

Doa...

Harapan...

Berserah...

Dan terus berdoa...

Ayah moga baik-baik sahaja.

Saturday, October 18, 2014

Cinta tu datang banyak kali. tapi syg aku ni tak tau bila ia akan muncul lagi. Aku merelakan walaupun hati terpaksa. Terpaksa paksa pada awal. Mungkin esok lusa. Ok la. Aku berdoa, doa jodoh kepada dia, agar menjumpai seseorang yang pandai menghargai dia. Dia seorang yang kuat. Aku bukan melepaskan, Aku hanya terlepas. Mungkin pengembaraan aku dengan dia, cukup sampai disini. Jika ada part 2. Aku akan pastikan ending dan sambungannya lebih menarik, penamat yang sempurna. Namun jika tiada. Tiadalah.

Aku hanya mampu menahan ujian dari maha esa. Nak cuba lupakan, kerap pula datang dalam mimpi. Bukan aku mintak. Tetapi ia sesuatu pemberian.

Kepada seseorang yang berjaya curi hati buah hati ku. Aku berharap kau takkan lukakan hati dia. Kau jagalah dia sebaik mungkin. Jaga macam nyawa kau. Sebab dia pernah jadi nyawa aku. tapi aku manusia biasa yang tak pernah terlepas dari kesilapan.

Aku seseorang yang diberi hadiah paling bermakna. Tetapi terpaksa melepaskannya kerana situasi. Aku redha.

Jika diberi peluang sekali lagi untuk aku mengecap cinta kau. Aku akan berjuang sehabis habiskan untuk mendapatkan cinta kau. Dan menjaga kau. Seperti aku risaukan diri aku.

Semoga berjumpa lagi.

Syanaz...

Friday, October 17, 2014

merelakan dan meredhakan, tapi mimpi pasal kau, sentiasa. Tapi asal kau gembira. Aku pun gembira.
kosong

Sunday, October 12, 2014

Boleh tak! kalau kau ni berhenti berharap.
Situasi sekarang bukan macam situasi dahulu.
Kau bukan sebahagian dirinya lagi,
dan situasi dahulu akan diabadikan dekat kau sekarang.

Jadi sila kikis sikit demi sikit, walaupun berat.

Belajar terima keadaan...


I'm just talking to myself on a sleepless night
Well, three years have passed and I got a clear answer
It may not be dramatic but you will love it
Everything is fine, everything is wrong

So make it loud
Sing a song with such a sold out music
Lie in the back seat
How are you feeling tonight?
It's all up to you (up to me)
Set me free (set me free)
You know there's a smile and a cry

It's time to stand up
My heart is beating hard darling
Are you happy?
What I had slowly spilled out
Don't worry about a thing
So I gotta ignite your life

If it is not too late let me go
Life had only beautiful things and
Come back to you

So make it loud
Sing a song with such a sold out music
Lie in the back seat
How are you feeling tonight?
It's all up to you (up to me)
Set me free (set me free)
I know there's a smile and a cry

When you hear the signal
Run out to a far place
When you hear the signal
Run out of your window

When you hear the signal
Run out to a far place
Run out of your bed

It's time to stand up
My heart is beating hard darling
Are you happy?
What I had slowly spilled out
Don't worry about a thing
So I gotta ignite your life

If it is not too late let me go
Life had only beautiful things and
Come back to you

I'm just talking to myself on a bitter night
It's time to get to bed
Good Night Darling!


Kalau betul kau jodoh aku,
dan aku jodoh kau,
kemana kau berlari, jauh mana kau pergi,
dengan sapa kau bersama,
terdetik jodoh itu.Kita pasti bersama.

Kadang kadang apa yang kita nak sangat,
mende tu la yang kita tak dapat.

Tetapi kalu kita nak mende tu sangat,
kita berusaha dengan keikhlasan,
tak mustahil, tuhan takkan tukarkan Luh Mahfuz itu.

Kita merancang, tuhan yang berkuasa,
tanpa kesilapan, tanpa kegagalan, kita tidak akan jadi yang terbaik.

Tapi benarkah, sekali kau cinta, kau tidak akan menduakan aku, dan kau akan mencintai sepenuh hati, aku tau aku melakukan silap, takdir aku berubah sangat lewat.

tapi sekali kau terluka, perasaan itu akan jadi batu?

Aku mengerti setiap kata kata mu. Aku merelakan.
dan aku menantikan keajaiban, dan harapan.

Kalau ada jodoh. Tak kemana. walupun aku terlambat. aku dedikasikan perasaan ini kepada kau walaupun hanya sebagai teman. Sebab kau pernah menjadi sebahagian dari aku.

Aku berserah pada tuhan.

Lagu ni memang aku dah rasakan sejak hari kau putuskan hubungan. Tapi skang baru aku shared kat kau. Sebab lagu ni syok. :)

Thursday, October 9, 2014

Sesuai untuk Dirimu

membawa ke mimpi

Payung Teduh - Resah


Aku ingin berjalan bersamamu
Dalam hujan dan malam gelap
Tapi aku tak bisa melihat matamu

Aku ingin berdua denganmu
Di antara daun gugur
Aku ingin berdua denganmu
Tapi aku hanya melihat keresahanmu

Aku menunggu dengan sabar
Di atas sini, melayang-layang
Tergoyang angin, menantikan tubuh itu

Aku ingin berdua denganmu
Di antara daun gugur
Aku ingin berdua denganmu
Tapi aku hanya melihat keresahanmu

Ingin berdua denganmu
Di antara daun gugur
Aku ingin berdua denganmu
Tapi aku hanya melihat keresahanmu


Wednesday, October 8, 2014

Aku akan berusaha, berusaha sehingga terbuka hati kecil mu.

Maaf kepada sesiapa yang merasakan bahawa aku manusia bodoh. Tapi ini permintaan aku. Cinta aku. Aku tak peduli apa kata orang. Aku takkan dengar kata orang yang berbaur hasutan. Sebab mereka tak pernah merasai. Mereka mungkin tak buat kesilapan. Tapi bermula  dari kesilapan ini kita akan belajar sesuatu.
Dulu aku abaikan kau sebab game, situasi dan kawan-kawan. sekarang itu semua tak pernah membantu. Aku betul-betul menyesal.

Kalau diberi peluang ke dua. Aku akan hargai betul2. sebab kesakitan ini menguji aku dan menunjukkan betapa pentingnya kau dalam hidup aku. Aku betul2 jujur padamu...

Ujian

Aku tak menyangka mende ini akan berlaku, kalau la aku manusia yang mampu kehadapan, dan boleh pula berpatah balik ke belakang. Maka aku takkan menerima ujian sebegini.

Kesilapan bermula pada aku sendiri.

Tuesday, September 16, 2014

Kurung

Zaman kejatuhan aku, tiada siapa yang peduli, faktab dengan teman istimewa yang bajek akan mendukung dan meneman aku sampai mati. Tapi sebenarnya kepuraan itu jelas dipamerkan demi kepuasan diri sendiri.

Aku tak kisah di perlakukan seperti ini, kerana aku kenal apa itu qarma. Aku jugak telah mendapat tempias daripadanya. Dan tak mustahil tempias itu akan berkembang ke habitat yang lain.

Monday, August 18, 2014

Rintih

Kalau la orang tau hati saya ni meleleh air darah, tapi orang mana ambik peduli. Sebab hati saya busuk. Busuk macam taik. Kalau wangi, orang akan jilat sampai hilang wangi tu. Keindahan itu hanya ada kita pandai menghargai keindahan itu. Tapi keindahan apa yang aku rasai ni?

Friday, March 21, 2014

Nafsu

Kadang kala aku tidak pernah puas, memilih di sana, memilih disini, terkadang sudah ada yang terbaik di hadapan, yang tidak berkepastian pula, aku cuba tilik. Kadang-kadang, dalam ruang kondisi yang amat selesa. Aku terkadang terlupa, terleka orang pujuk rayu dunia yang sangat-sangat mencurigakan.

Bagaimana ingin aku hapuskan dosa, dari kerna karenah nafsu yang meronta-ronta...