Friday, May 29, 2015

Deal?

Deal dengan aku?

Deal dengan aku kesilapan besar bagi seorang wanita yang seperti memaksa maksa hati ini untuk menyukai.

Ya, hati ini jangan dirayu. Sebab hati ini dah mati. Mungkin dah jadi konkrit. Bukan nak berlagak, atau jual mahal. Baik aku jual mahal dari aku bagi harapan palsu. Luka baru nak sembuh, takut tempias ke orang lain.

Aku senang bersendiri. Nak kemana, tak perlu siapa peduli. Aku tak mahu jadikan isu perasaan ini sebagai topik utama. Sebab manusia ni banyak ikut perasaan dan kehendak diri dari perasaan orang lain. Aku tak mahu jadi seperti itu.

Biar dilabel forever alone, dari aku dilabel pencabul dan pengkhianat. Sebab aku masih belum ada kredibiliti untuk melakukan seperti itu. Sebab aku abstrak. Aku sendiri tak tau apa yang aku kehendaki. Yang aku pasti aku ini seorang yang pentingkan diri, walaupun dulu, aku pernah cuba lari dari perasaan jual ikan ini. Jangan nak nafikan aku akan jadi seorang yang mengambil berat dan menyayangi sapien dengan semudah ayat ayat manis jejaka keparat. Aku perlu masa. Masa adalah perancangan aku.

Aku serik menyayangi, bila aku menyayangi. Aku hilang keistimewaan diri.

dan setelah beberapa jam, aku gagal hadam apa yang aku fikirkan...

Thursday, May 28, 2015

Rahsia

rahsia, terkadang ia menyelematkan, terkadang ia merosakkan. belajarlah berahsia dengan tertib. jangan diperhebahkan erti rahsia itu kepada pihak yang lainnya.

berahsialah dengan orang diperayai. tapi benarkah ia boleh di percayai? berahsialah sampai lupa, sampai berjuta juta tahun kemudian. ia diungkai. atau rahsialah di dalam hati. 

tapi rahsia itu hanya dia yang mengetahui. berahsialah dengan bijak. 

Wednesday, May 27, 2015

langkah baru

Penamat untuk sebuah pernantian. move on.
Penat...

Dan membuang masa...

cari yang baru, lebih baik dari yang lampau.


Tuesday, May 26, 2015

Lepaskan

kamu dalam percintaan? sedang dalam keadaan konflik dan kacau bilau, atau masih berhubungan tetapi sedang menunggu ia gugur ke tanah?

Bermula pada perasaan sunyi, kamu ingin dianugerahkan seseorang. Seseorang yang bakal memenuhi kekosongan di hati kau. Ingin disayangi. Ingin diperhatikan, ingin diambil berat, mahukan tempat mengadu dan segalanya yang indah.

Tuhan anugerahkan kau seseorang. Seseorang yang bakal memenuhkan kehendak hati kau. Masa itu kau akan rasakan semuanya indah. Tiada yang indah selain cinta kau. Tiada yang dapat menembusi kegembiraan kau. Setiap hari adalah keindahan. Mendengar suara, menatap wajahnya. Sesuatu anugerah berharga yang kau tidak dapat anggarkan bagaimana perasaan itu.

Tetapi

Selama kau mengecapi keindahan, kau terbuai dek keindahan itu. Kau lupa siapa yang memberi. Semakin lama kau hanyut, hanyut di lembah asmara. Kau lupa. Sampai satu masa, yang indah itu kau mula rasakan seperti satu bebanan. Bebanan yang tak tertanggung. Kau hilang masa bersama teman. Kau hilang duit poket. Kau mula realize yang kau sekarang sedang berada di persimpangan.

Tatkala itu pula, semakin mudah kau mendapat cinta dari orang yang tidak kau kenali. Gembira dapat bersama mereka. Mula kau bosan dengan sedia ada. Kau mula meletakkan jurang pada pasangan. Bila kau rasa mereka lebih membebankan dari orang yang baru kau kenal. Kau mula tawar hati. Kau mula ingin menamatkan perhubungan dan mula perhubungan baru dengan orang lain.
\
AWAS!

Tatkala ini, kau sedang diuji. Diuji dari segi psikologi dan kesetiaan. Kau mula lupa daratan. Dan kau mula terfikir. Aku ini benar benarkah masih mencintai pasanganku itu. Kenapa hati aku mula bertaut pada orang lain.

Ya!

Jatuh cinta itu biasa saja. Tapi sayang dan kenangan bukan mudah kau lepaskan.

Kalau dalam keadaan kompius. Kau rasa kau perasaan cinta itu semakin pudar.

Kau cubalah lepaskan pasangan kau. Dan mulakan hidup dengan orang baru. Orang yang kau cinta diatas penderitaan orang lain. Tatkala cinta lama kau sudah akur dengan ketentuan illahi. Disaat kau didustai oleh cinta baru. disaat tiada yang pedulikan kau. Masa itu kau sendiri akan tahu macam mana perasaan itu.

Jika masa ini ada orang yang hargai kau. Hargailah.
Jangan jadi macam aku.

Tapi aku lain. Aku tak pernah mendustai, aku yang dikhianati. Disebabkan aku lelaki yang pentingkan sahabat dari kekasih. Tapi jangan risau. Masa akan rawat segala kedukaan.

Hargailah masa.

Sunday, May 24, 2015

MATI sendiri

Jangan ambil tahu bagaimana hidup saya sekarang,susah senang saya sendiri yang mengharungi arus kehidupan. Friends and family? You joking me right ? Hidup sendiri, mati sendiri lah kawan .

-rico-

Sunday, May 17, 2015

Kenapa?

Kenapa aku dibenci?
kenapa aku disisihkan?
Bukan dulu aku yang kau utamakan?

Aku manusia, aku tak pernah lari dari melakukan kesalahan.

Saturday, May 16, 2015

Patah Hati

Patah hati bila melihat buah hati yang sedang dinanti nanti, sudah bergembira dengan kekasih baru, kekasih till jannah forever and die in syurga dunia.

Tetapi...

Patah hati lagi bila pasukan bolo kegemaran kalah 3-1. Nasib nasib. Dang!

Sekarang aku sedang menghayati dunia dengan penuh kepiluan. Tetapi aku senang dengan kecelaruan ini. Mungkin hati ini, simen konkritnya dah nak kering.


Only Love Can Break My Heart

When you were young and on your own
How did it feel to be alone?I was always thinking of games that I was playingTrying to make the best of my time But only love can break your heartWhat if your world should fall apart?Yes only love can break your heartTry to be sure right from the start I have a friend I've never seenHe hides his head inside a dreamSomeone should call him and see if he can come outTry to lose the down that he's found But only love can break your heartTry to be sure right from the startYes only love can break your heartWhat if your world should fall apart? I have a friend I've never seenHe hides his head inside a dreamYes, only love can break your heartYes, only love can break your heart


Tuesday, May 12, 2015

If You want me

Are you really here or am I dreaming
I can’t tell dreams from truth
For it’s been so long since I have seen you
I can hardly remember your face anymore
When I get really lonely and the distance causes only silence
I think of you smiling with pride in your eyes a lover that sighs

If you want me satisfy me
If you want me satisfy me

Are you really sure that you believe me
When others say I lie
I wonder if you could ever despise me
When you know I really tried
To be a better one to satisfy you for you’re everything to me
And I'll do what you ask me
If you let me be free

If you want me satisfy me
If you want me satisfy me

If you want me satisfy me
If you want me satisfy me

 

lesson 1

I laugh a lot just because i realize everything will not last forever
I see myself in a mirror just because i wanna see my wrong
I cried in a dark just because i don't want anyone see my pain
I'm worrying too much just because i don't know what is going to happen to me next.
And yet i realize...this is life....every single day passing with a lesson.


-Jimmy Sky-

Wednesday, May 6, 2015

JIJIK

Kalau ganja, arak, dan zina. boleh menggembirakan aku. Bagaimana dengan hari esok? bagaimana jika semua itu tiada. Sedangkan aku terperosok jauh ke dalam lubang hitam? Bagaimana? Meminta pada syaitankah?

Aku pernah lalui, dan pengakhiran penuh dengan kesan yang mendalam. Aku tak mahu menjejaki buat sekian kalinya. Aku takut. Aku takut dengan hukuman tuhan. Ujian yang kecil pun tidak tertanggung. Bagaiman jika ia besar dan datang secara bertalu talu. aku tidak dapat menggambarkannya.

Semasa aku hanyut dibuai titian syurga dunia. Aku pernah terfikir. Bagaimana jika satu masa tuhan tarik nikmat ini. Dalam keadaan tidak sedar. Aku meminta kepada tuhan agar aku merasanya. Aku tidak hiraukan risikonya.

Sampai satu masa seperti dalam perancangan. Ia datang, secara kecil tetapi bertalu talu. Menguji aku. Kehilangan, kesedihan, keperitan, nasib tidak baik, dipulaukan, Tidak diberi kepercayaan. Semua itu datang bertalu talu.

Aku tidak tahu hendak kemana. Mahu saja diputuskan nyawa ini. Ya! mahu saja aku terjun dari tingkat 12 ini. Agar semua ini berakhir.

Tetapi,

wajah ibubapa aku muncul. Menusuk ke dada. Dalam kegelapan, aku cuba mencari sinar. Aku meminta kembali kepada sang kekasih. Ditolaknya aku sejauh mungkin.

Dalam pada masa itu, tidak dihiraukan. Aku jatuh rebah ketanah. Ujian datang sedikit demi sedikit.

Tetapi aku merasa seperti diperhatikan oleh sang maha. sejak itu aku seperti ditiup suatu semangat yang sedikit demi sedikit memberi sinar. Walaupun aku sudah lama meninggalkan cahaya itu. Aku cuba kembali. Meminta belas kasihan agar dimaafkan.

Begitu celaka aku pada masa itu. Pengajian tentang ilmu akhirat aku lupa. Nak membaca surah surah pun terkaku dek kerana terlalu lama terleka. Aku menangis. Sedih. Jahilnya aku, jijiknya aku. Apakah aku bakalan diterima dan dimaafkan.

Sabar. sabar di setiap apa yang berlaku. Ikhlas. Itu kuncinya. Hasilnya. Sekarang aku merasakan sedikit nafas dan cahaya selepas berbulan hidup dalam kesesakkan dan kegelapan. Nasib baik belum terlambat. Aku tekad. Sejarah lama takkan aku jejaki. Walaupun sekarang. Aku masih belum sempurna. Tapi aku cuba. Aku cuba menjadi kekasih disisimu.

Ya Allah, tuhan pencipta segala cakerawala. Aku menulis bukan kerana nama. Aku sekadar berkongsi tentang masa silam aku yang duka. Aku redha dengan setiap pemberian dan bahagian yang aku perolehi. Janganlah kau tergelincirkan aku sekali lagi.

Manusia hina abad ke 20

Korban

Sesuatu yang aku paham tentang korban ialah, bila kau ada air yang baru dibeli di kedai mamak. kau dengan dahaganya, di bawah terik panas matahari. Nak puaskan anak tekak kau dengan air.

Tiba tiba, datang seorang budak kecil, keadaan seperti pengemis. Meminta air untuk di minum. Kau dengan perasaan berbelah bagi, dalam keadaan dahaga tetapi kesian melihat keadaan budak kecil tu. Kau pun berkorban memberi air itu kepada budak kecil itu.

Penerangannya ialah Air yang dibeli oleh kau itu adalah hak kepunyaan kau. Tetapi bila kau memberi hak kau itu kepada orang lain itu. Ia diibaratkan seperti berkorban.

Tak apa, beri budak itu hak kau. Dia gembira. Kau punya duit baki. Kau belilah yang lain.

Seperti juga kehidupan. Kau ada sesuatu yang kau sayang. Tetapi di satu sudut, ada seseorang yang memerlukannya. Jadi kau terpaksa beri kepada dia. Untuk menggembirakan dirinya.

Tak apa, barang yang hilang. Kan berganti jugak. Insyaallah.

Monday, May 4, 2015

Kun fa Yakun

Ikut hati mati, tapi selalunya hati itu banyak berdegupkan sesuatu yang benar. Antara kita untuk memilih. Kerana inilah kehidupan pilihan. Salah membelok lorong. Ke juram la kau. Pastikan hala tuju itu benar. Pasti, sampai ke destinasi. Tawakal, sabar.

Kun fa ya Kun,

Maka jadi jadilah.

Rupa tanpa wajah

Kadang kadang tuhan uji kita dengan sesuatu yang kita tidak sangka. Dimana sesuatu yang kita sangka tidak bakalan terjadi, akhirnya ia sendiri memakan dan menjamah setiap isi kekuatan yang mula kita pupuk. Ujian datang dalam pelbagai bentuk. Dimana kesabaran diuji. Ia bukan saja dalam bentuk penindasan jiwa. Tetapi pengkhianatan juga mampu terjadi.

Tetapi, siapa kita untuk menidakkan sesuatu itu terjadi. Siapa kita untuk menghalang sesuatu itu berlaku. Siapa yang peduli. Tiada siapa. Tiada makna bagi sesiapa. Hanya satu saja, yang setiap masa, setiap detik. tidak behenti merenung kau dalam keadaaan tidak sedar. Dia ada dimana mana. Dia ada pada setiap manusia. Dia tiada rupa, dia tiada wajah.

Tak salah memujanya. Pujian kepadanya lebih bermakna. Jika dibandingkan  dengan pujian keatas super sapien yang setiap masa bertukar wajahnya.

Aku disini hanya bisa merenung. Di saat kurasa seperti nadi nadi aku ditarik. Dada aku ditepuk kuat. Berdegup bagai tidak mahu behenti. Kesakitan dalaman inilah yang bakalan membuatkan aku kuat. Mungkin bukan masa ini. Mungkin suatu masa. Jodoh, pertemuan dan ajal. Aku serahkan pada di sana. Aku tak mahu berkeras untuk menukarkan salasilah sebenarnya. Aku tekad, untuk menidakkan kisah purba, walaupun aku dirantai seribu kesakitan yang dicucuk cucuk. Allahualam. Kita bernafas, kita dipinjam. Esok lusa, abadi di sana. Persiapkan.

Moga pengakhiran indah. Amin...

Sunday, May 3, 2015

Tidak berdaya

Ya allah,

Aku tak berdaya melakukan apa-apa. Aku hanya mampu melihat kemungkaran dan maksiat sehari-harian.

Siapa yang peduli akan nasihat aku. Semua membangkang berlandaskan masa silam aku. Aku tak berdaya. Bantu aku. Bantu aku untuk sedarkan mereka.

Bahawa dunia ini sementara...