Tuesday, April 28, 2015

Makan mee segera mampu membunuh kau

Takpelah dari kelaparan, baik aku isikan dengan mee segera,
aku terima seadanya,
hujung-hujung bulan la katakan,
biarkan orang kata, megi hadamnya lama, botak la rambut kau.
takkan nak berlapar, biarkan perut gastrik...

Penyudahnya duit makan kau, habis ke Klinik kapitalis.
Takpelah kalau mak ayah kau berpangkat tinggi,
kau kerja goyang kaki pun dah boleh pergi kebulan.

Makan je apa yang mampu, dunia ni sementara je.
jangan tak makan sudah.

Sabar

Wednesday, April 22, 2015

Bunuh Diri dengan cara tidak menyakitkan

Bila difikirkan balik, merelakan diri untuk membunuh diri kerana perempuan yang tidak menghargai kamu adalah sesuatu yang paling bodoh.

Kalau mati itu mampu membuatkan dia bersedih. Kau salah. Memang dia akan menangis. Tapi tangisannya hanya sementara. Kerana hidup ini ada tukar gantinya. Dari kesedihan kepada kegembiraan. Dari kegembiraan kepada kesedihan. Dari gelap kepada terang.

Fikirkan balik, apa tujuan kita hidup. Untuk sentiasa gembira tanpa ujian? Bila masa kita mahu bersedih dan terluka.?

Setiap ujian dan kegagalan kita, adalah permulaan pada suatu cerita yang baru. gagal sekali bukan bermakna gagal selamanya.

Buang manusia yang tidak menghargai kau, carilah yang bersesuaian dengan kau. Jangan paksa, jangan menggelabah. Tenang. Pasti ada suatu masa.

Tuhan sudah rancang sebaiknya di luh mahfuz. Takdir, jodoh dan mati kau.
Hilang sesuatu yang disayangi, ini bermakna, ada yang lebih baik dari itu. Sabar.

Hargai diri, kesabaran adalah kunci.

Move on.

Bukan bermaksud kau melupakan, aku tahu perkara macam ni tak boleh dilupakan dengan mudah, move on tu belajar terima hakikat. Redha dengan kehendaknya. Masa yang akan ubat kau. Tak ada sorang boleh tolong kau, walaupun dekat berjuta orang kau meyakinkan yang kau sayangkan dia. Orang yang kau sayang tu takkan pedulikan kau. sebab dia takkan rasa apa-apa. Kau je rasa. Jadi, kau harus berlapang dada. Perlahan-lahan, carilah keindahan dan ketenangan. Sebab tuhan tak pernah tidak bersikap adil. Kau break-up dengan dia pun mesti ada sebabnya. Kadang-kadang kau perasan, kadang kadang kau tak perasan. Sebab apa?

Sebab kau manusia biasa, dia pun manusia biasa.

Manusia tidak pernah terlepas melakukan kesilapan.

Lepaskan. Dan bertenang. Satu masa. Kau akan bersetuju dengan hakikat ini.

Aku pun sedang belajar dari kepedihan. Tapi masa, masa adalah ubat paling mujarab.

Allahuallam...

Saturday, April 11, 2015

gagal part 1

apalah nasib, nak meluah, semua orang buat xtau. jadi diam.

ada awek, awek dah benci.
adjuz awek kat fb, semua dah balik semula dengan ex.

try yg lain, kene block pulak.

jadi txt ngan member, rasa macam gay pula. 

nak luah kat sapa, kat dinding je la. ada masa dekat tuhan. 

apa yang aku boleh buat, diam dan sabar. takpe la. aku redho je la. kadang2 kita kene lalui masa perit ni sendirian. 

berserah. takpe, aku tak kisah org anggap aku loser. aku tau loser tu kuat. kuat dalamannya. 😀
di saat kau kecundang, di saat kau rebah, siapa yang sudi mengangkat kau?

tiada...

tiada siapa yang peduli,
orang yang kau sangka bakal menjadi pelengkap kau pula, terus memijak kau sambil mertetawakan kau.

sakit, sakit.

apa yang baik, jasa yang diberi, tidak dipeduli.

aku harap tuhan bisa membantu aku. bantu aku untuk bangun, manusia yang tidak berdaya seperti aku.

aku tak minta dia dibalas, aku mahu di bahagia. bahagia, kerana aku tahu dia tersiksa dahulunya. anugerahkanlah dia seorang manusia yang bakal memimpinnya. amin
Terkadang, ada orang tanya, kenapa kau sembahyang?
Dulu bukan main hardcore?


"Dunia sudah tua, air pasang surutnya, manusia berubah, esok takut tak sempat..."

Friday, April 10, 2015

Bersedia

Bersedia terima kegembiraan, bersedialah terima kesedihan.

kerana tiada yang kekal,

Bersedia terima perubahan,

kerana dunia ini ada pasang surutnya,

bersedialah menerima ujiannya.

Jangan lupa diatas.

Saturday, April 4, 2015

Dunia tak kejam, cuma nasib tidak menyebelahi kau.
Ini pinta kau, mahu merasai ujian.
Ujian sekecil ini pun tidak tertanggung.
Bagaimana Ujian yang maha?

Selalulah berhubung dengannya,
kau hidup pun kerananya,
dan mati kau jugak kerananya...

Jangan bunuh masa kau begitu sahaja.

terakhir

sudahlah. aku nak pergi jauh. menunggu hanya memedihkan. 

sayonara

moga di alam yang lain. 

insyaallah...
ia datang begitu lambat, dan ia pergi begitu cepat.

bila ia sudah hilang. barulah ia kuat dirasai.

tetapi..,
ia sudah terlambat.

innalillah wainna lillahirajiun.
kun faya kun

Thursday, April 2, 2015

keluh kesah

dah mencuba, bukan terdesak, cuma nak pelengkap. 

barangkali tiada di dunia...

serahkan kepada pencipta.