Monday, June 15, 2015

Jangan Kembali Lagi

Kesilapan aku kerana menghampakan perasaan kau, kesilapan aku kerana terlalu mempercayai kau.
Aku senang dengan perasaan ini, aku senang merasa pengalaman ini, Walaupun sampai sekarang aku masih merasa kau adalah yang terbaik. Tetapi, aku takkan merayu, aku takkan berharap, Aku lepaskan kerana aku tidak mahu kau kembali semula. Aku tak mahu mengenal kau lagi. Aku takkan jilat ludah yang aku sudah ludah. Bergembira la kau dengan teman baru. Jangan kembali, sama sekali. Kerana kembalinya kau semula, akan menimbulkan bencana, Aku tak mahu kau mengenang. Aku tak mahu menatap muka kau lagi. Kerana setiap tatapan itu akan menguntum kelopak kelopak kebencian. Mungkin kebencian yang tidak terduga. Jangan sesekali kau kembali. Kerana bagi aku kau dah mati. MATI...


Cinta Pembodohan.

Kau menari di atas kepedihan aku, dan kau inginkan kebahagian. Jika kau tidak menjumpainya. Kenangkanlah kebodohanmu itu dan carilah maha pencipta. sebelum terlambat, sebelum kau terburai membusuk di dalam liang lahad. Cinta itu tiada tahan lamanya. Cinta itu hanya sekadar pinjaman untuk menguji. Dan cinta kepada perasaan yang sering berubah ubah adalah Cinta pembodohan yang amat nyata.

Saturday, June 6, 2015

laut yang luas

belajar berdikari, tiada yang mengenalimu, tiada siapa yang ingin membalas seruanmu, meski kau merasai kesucian itu mula mengalir. mesti kau merasai keutamaan itu hanya ada dalam kisah serammu, berkisahkan perjalanan pahit manis kau ke marikh. kau jatuh kau bangun, hanya kau yang catitkan dan hanya kau yang sembuhkan. soal cinta, mengikut pengamatan, semua ini hanya untuk kepentingan. kepentingan diri menurut kata hati. tiada kepentingan atau kepentingan itu hilang. kau mula menjadi penjual ikan yang hanya meninggalkan ikan ikan busuk. kau tidak peduli, kau tidak sedari. peduli apa aku jual ikan busuk. bukan aku yang makan. bila ikan sudah habis. mulalah cari nelayan yang lain. berharap ada pengail yang memberikan ikan baru yang lebih segar. bosan dengan pengail ini. carilah yang lain. sampai satu masa laut kian surut dan kian kering. masa tu, bermulalah alam baru...

Haram

‘Jika Kau Terbiasa Melakukan Perkara Yang Haram, Yang Halal Jadi Menjijikkan Bagimu’


“Adakah kamu mempunyai kesukaran menundukkan pandanganmu kepada wanita-wanita yang berjalan di hadapanmu? Apakah kamu suka melihat hal-hal yang berbau porno?”
Lelaki itu menjawab jujur : “Ya… Bagaimana Syeikh tahu perkara tersebut?”
Syeikh berpesan: “Jika kamu melakukan perkara HARAM, suka kepada yang haram, tidur makan dan bernafas kepada perkara yang haram,  maka yang HALAL akan MENJADI MENJIJIKAN bagimu.” 

Wednesday, June 3, 2015

Lupa

Halwa telinga dipenuhkan bagi memuaskan nafsu yang merentak memberontak. Tatkala itu semua situasi menjadi sepi tetapi dipenuhi oleh satu getaran yang memenuhi ruang ketika. Tatkala itu juga kita terlupa. Terlupa akan sesuatu. Cuba ingat kembali. Cuba dan cuba apa yang membuatkan kita lupa. Dari mana punca. dan bagaimana menyelesaikannya.

Tuesday, June 2, 2015

Kuat

Aku tidak perlukan sesiapa untuk sekadar memenuhi kesunyian. Aku tak perlukan seseorang untuk memahami diri aku. Aku tak perlu. Aku dah cukup kuat, walaupun luka masih bernanah mahu menunggu sembuh. Aku tak peduli semua itu. Masalah cinta, masalah duit, masalah dunia, masalah gst atau apa segalanya kat dunia ni bukan masalah sebenar. itu adalah ujian. Masalah sebenar ialah, macam mana kita nak hadap tuhan esok. Amal ibadat yang tunggang langgang ni. Mampukah dibawa bekal ke sana.

Di dunia manusia bebas, bebas melakukan apa sahaja. Kau nak jadi jahat, nak jadi kejam, kejam sampai mana. Tiada yang kejam melainkan hari akhirat. Tapi jika bersedia. Tidak apa-apa. tapi di dalam kubur, kau tidak berteman. Kau sendirian terperosok di bawah tanah. Latihlah diri dari sekarang. Tidak berteman itu perkara biasa, Di dalam sana lagi kau menderita.

Aku bukan nak tunjuk bagus, aku sememangnya tak ada langsung kebagusan itu. aku seperti kamu. biasa2. Tidak berkuasa. Sekadar berkongsi peringatan. Nak jadi jahat ada perkara yang mudah. Nak jadi baik yang ambik masa.

Bertabahlah lelaki lelaki sunyi di luar sana. Kau kuat. Kau kuat,