Wednesday, May 6, 2015

JIJIK

Kalau ganja, arak, dan zina. boleh menggembirakan aku. Bagaimana dengan hari esok? bagaimana jika semua itu tiada. Sedangkan aku terperosok jauh ke dalam lubang hitam? Bagaimana? Meminta pada syaitankah?

Aku pernah lalui, dan pengakhiran penuh dengan kesan yang mendalam. Aku tak mahu menjejaki buat sekian kalinya. Aku takut. Aku takut dengan hukuman tuhan. Ujian yang kecil pun tidak tertanggung. Bagaiman jika ia besar dan datang secara bertalu talu. aku tidak dapat menggambarkannya.

Semasa aku hanyut dibuai titian syurga dunia. Aku pernah terfikir. Bagaimana jika satu masa tuhan tarik nikmat ini. Dalam keadaan tidak sedar. Aku meminta kepada tuhan agar aku merasanya. Aku tidak hiraukan risikonya.

Sampai satu masa seperti dalam perancangan. Ia datang, secara kecil tetapi bertalu talu. Menguji aku. Kehilangan, kesedihan, keperitan, nasib tidak baik, dipulaukan, Tidak diberi kepercayaan. Semua itu datang bertalu talu.

Aku tidak tahu hendak kemana. Mahu saja diputuskan nyawa ini. Ya! mahu saja aku terjun dari tingkat 12 ini. Agar semua ini berakhir.

Tetapi,

wajah ibubapa aku muncul. Menusuk ke dada. Dalam kegelapan, aku cuba mencari sinar. Aku meminta kembali kepada sang kekasih. Ditolaknya aku sejauh mungkin.

Dalam pada masa itu, tidak dihiraukan. Aku jatuh rebah ketanah. Ujian datang sedikit demi sedikit.

Tetapi aku merasa seperti diperhatikan oleh sang maha. sejak itu aku seperti ditiup suatu semangat yang sedikit demi sedikit memberi sinar. Walaupun aku sudah lama meninggalkan cahaya itu. Aku cuba kembali. Meminta belas kasihan agar dimaafkan.

Begitu celaka aku pada masa itu. Pengajian tentang ilmu akhirat aku lupa. Nak membaca surah surah pun terkaku dek kerana terlalu lama terleka. Aku menangis. Sedih. Jahilnya aku, jijiknya aku. Apakah aku bakalan diterima dan dimaafkan.

Sabar. sabar di setiap apa yang berlaku. Ikhlas. Itu kuncinya. Hasilnya. Sekarang aku merasakan sedikit nafas dan cahaya selepas berbulan hidup dalam kesesakkan dan kegelapan. Nasib baik belum terlambat. Aku tekad. Sejarah lama takkan aku jejaki. Walaupun sekarang. Aku masih belum sempurna. Tapi aku cuba. Aku cuba menjadi kekasih disisimu.

Ya Allah, tuhan pencipta segala cakerawala. Aku menulis bukan kerana nama. Aku sekadar berkongsi tentang masa silam aku yang duka. Aku redha dengan setiap pemberian dan bahagian yang aku perolehi. Janganlah kau tergelincirkan aku sekali lagi.

Manusia hina abad ke 20

No comments:

Post a Comment