Friday, May 29, 2015

Deal?

Deal dengan aku?

Deal dengan aku kesilapan besar bagi seorang wanita yang seperti memaksa maksa hati ini untuk menyukai.

Ya, hati ini jangan dirayu. Sebab hati ini dah mati. Mungkin dah jadi konkrit. Bukan nak berlagak, atau jual mahal. Baik aku jual mahal dari aku bagi harapan palsu. Luka baru nak sembuh, takut tempias ke orang lain.

Aku senang bersendiri. Nak kemana, tak perlu siapa peduli. Aku tak mahu jadikan isu perasaan ini sebagai topik utama. Sebab manusia ni banyak ikut perasaan dan kehendak diri dari perasaan orang lain. Aku tak mahu jadi seperti itu.

Biar dilabel forever alone, dari aku dilabel pencabul dan pengkhianat. Sebab aku masih belum ada kredibiliti untuk melakukan seperti itu. Sebab aku abstrak. Aku sendiri tak tau apa yang aku kehendaki. Yang aku pasti aku ini seorang yang pentingkan diri, walaupun dulu, aku pernah cuba lari dari perasaan jual ikan ini. Jangan nak nafikan aku akan jadi seorang yang mengambil berat dan menyayangi sapien dengan semudah ayat ayat manis jejaka keparat. Aku perlu masa. Masa adalah perancangan aku.

Aku serik menyayangi, bila aku menyayangi. Aku hilang keistimewaan diri.

dan setelah beberapa jam, aku gagal hadam apa yang aku fikirkan...

No comments:

Post a Comment