Thursday, August 22, 2013

Nasib

Nasib memang tak pernah menyebelahi, walaupun bagaimana diusaha, walau bagai mana di kejar. Tapi nasib tidak mahu menjumpai. Setiap detik, setiap hembusan, ada saja rintangan yang perlu dilangkahi. Jangan kata tidak berani. Walaupun takut, detik itu tetap juga kita melangkaui. Pahit dan manis itu serupa saja. Silih berganti. Silih berformasi, mengukir satu luka. Luka yang tidak diingini. Tapi nasib tetap nasib. Bagaimanapun, kejadian demi kejadian. Mestilah ditempuhi. Walaupun kejadian itu sangat memeritkan...

Tuesday, August 6, 2013

Nikmat

Kenikmatan itu terhasil dikala ianya disentuh oleh satu kuasa yang tidak tahu dari mana. Kuasa itu mampu menjana satu perasaan yang sering saja diimpikan oleh umat manusia. Ia dikategorikan dalam beberapa kenikmatan dunia yang sangat terlarang. Ada yang membenci, tapi pada zahirnya. Kebencian itu hanya kepuraan yang begitu hina dari kenikmatan itu. Tiada siapa yang tidak menyukai akan kenikmatan ini.

Aku, adalah salah satu dari bertrilion yang taksub dan teruja akan kehendak ini. Nikmat yang dicari, begitu mudah dilepaskan dengan beberapa cara kemungkaran. Dari pada tangan kanan atau kiri, ia membolehkan fikiran bervariasi memikirkan fantasi songsang yang begitu keterlaluan. Berbicara tentangnya, begitu membuatkan kita asyik buat seketika. Memikirkan bagaimana rasanya jika dapat melabuhkan batang sauh ke dasar lautan dalam yang begitu bahang tak terungkap. Biarkan benih-benih ikan berlari-lari mencari satu mutiara yang masih belum hilang.

Fikiran melayang, hati melarang. Tiada siapa yang peduli dengan kehendak ini. Ini adalah satu kehendak peribadi. Kehendak yang sangat lari dari kehendak nurani. Haramnya jika tiada ikatan yang sah. Halalnya pulak jika ia diuruskan dengan tertib-tertib yang berkehendakkan dan semestinya. Ikutlah caranya, agar tidak terpesong...

Monday, August 5, 2013

Dia atau mereka

Kadang-kadang sahabat yang hari-hari menyakitkan hati, dialah teman dikala sepi. Walaupun sering saja pendapat dan cadangan diketepikan, tapi kita tetap juga duduk semeja. Tiap-tiap hari menemani. walaupun haram kelamin untuk bersama. Tapi merekalah yang menjadi objek peneman dikala kita berantakkan dengan kekasih. Mereka jugalah yang sudi mendengar keluhan isi hati, dan tidak membiarkan perasaan itu terus terbenam sedalam-dalamnya. Ada saja langkah untuk menggembirakan, walaupun berat hati dan penuh rasa menyampah.

Kekasih hati, adalah peneman diri dikala kita berantakkan dengan sahabat. Dia sudi mendengar keluhan hati, walaupun pada satu ketika. Dia rasa sakit hati. Mereka tak mengerti. Sebab jarak, mereka membolehkan diri untuk berfikir sejauh 700KM. Berfikir tentang sesuatu yang negatif. Adanya positif, tapi masih dibenamkan oleh rasa curiga yang sangat kental. Dia perlu belajar bersabar. Curiga itu harus, tapi kadang-kadang percaya itu juga harus teguh. Mengerti juga perasaan ini, yang tiada siapa sebenarnya mengerti. Walaupun setiap hari teman lelaki ada disisi. Tapi mereka belum tentu sama dengan kekasih hati. Banyak bezanya...

Sunday, August 4, 2013

Mukadimah Pujangga Penipu

Ini adalah lanjutan dan mukadimah daripada kesinambungan blog mimpi yang basah atau nama yang digunakan ke atas blog ini, iaitu Bogel dalam mimpi. Berat jugak mahu memulakan semula apa yang telah dimuntahkan sekejap sekian lamanya. Tapi apakan daya, sejarah lama biarkan ia terpahat dalam sanubari penulis. Mulakan yang baru dengan satu senyuman sinis hipokrit tahap dewa.

Apa yang dipedulikan. Ianya hanya penulisan sampah yang tiada tolok bandingnya. Puaskan hati menaip tatkala diri sedang horny mengalirkan rasa ketidak puasan hati. Dari otak dijanakan ke jari jemari kental yang setiap masa menaip mende cemuhan dan kata-kata kosong di burung biru terbang di laman sosial.

Babak baru akan bermula sebentar lagi, atau tidak...