Monday, March 2, 2015

nota terakhir





Salam.
Maaf ya teman, kau mungkin tak kenal aku. Tapi aku pun mungkin tak kenal kau. Tapi itu tak penting. Maaf sekali lagi. Aku utuskan nota ini, bukan kerana aku mahu mengganggu kehidupan kau. Percayalah. Aku pun seperti kau, mahukan cinta yang mahu mendamaikan jiwa, jangan risau. Aku menaip ni bukan untuk mengugut kau atau mengancam kau. Cuma aku ingin berkongsi sesuatu yang seseorang manusia pernah ada. Iaitu perasaan cinta pada seseorang. Tapi mungkin masa aku sudah tamat. Dia dipinjam oleh tuhan untuk mengajar aku tentang erti kehidupan sebenar. Walaupun perit, tapi percayalah. Aku mampu menjalani. Sebab aku tak nak kau jadi macam aku.

Pertama kali aku nak nyatakan, bahawa dia merupakan cinta pertama aku. Tapi disebabkan kebodohan aku. Aku terlepas. Tapi jangan risau. Sekali dia dah sayang orang tu. Dia akan sayang kau sepenuh jiwa bro. Jangan risau lagi, aku memang dah takde dalam hidup dia. Jadi kau adalah destiny baru dia. Jaga dia sepenuh hati kau. Dia adalah satu anugerah terbaik. Walaupun muka dia garang. Tapi hati dia baik sebaiknya. Jangan risau pasal aku, aku takkan mampu menandingi kau lagi. Sebab apa kau terpilih, kerana kau adalah manusia yang terpilihlah.
Dia seorang gadis yang tak memandang paras rupa, harta dan apa saja. Dia Cuma nak rasa disayangi seperti puteri. Memang tu berat. Kau ada life kau sebagai lelaki, jangan menyesal kalau dia pergi kalau kau tak jaga dia elok2. Dia seorang yang sabar, jangan cabar kesabaran, jangan sesekali kau jadi macam perempuan. Jadi lelaki sejati,
Lindungi dia walau apa pun terjadi, jaga dia macam kau jaga nyawa kau, ada dengan dia masa dia sunyi, jadi pendengar yang baik masa dia mengeluh, mencarut, meluahkan. Jangan mencelah, dengar baik2. Selagi dia tak behenti membebel, jangan mencelah. Support dia masa dia down. Layan kerenah dia. Biarkan dia jadi manja seperti kebudak budakkan. Sebab kau istimewa. Walau dia layan ramai lelaki, walau ramai lelaki kepong dia. Rantai di hati dia tetap bersambung di hati kau. Jangan penah mengata dia. Biarkan dia gigit kau, biarkan dia lukis apa saja dekat badan kau, biarkan, biarkan.  Jangan pernah malu keluar dengan dia. Guide dia pergi ke suatu tempat yang bermakna. Jangan terlalu lama jauhkan diri dari dia. Jangan biarkan dia menunggu. Jangan pernah tinggalkan dia. Selalu dekat dengan dia masa dia tengah shopping. Jadi guard dia. Jangan temehkan diri dia. Jangan terlalu tunduk pada dia, jadi seseorang yang boleh memimpin, tapi jangan terlalu mengongkong. Jangan merajuk, jangan maki dia, pujuk dia.

Hadiahkan dia teddy bear, dan apa2 yang dia suka. Berikan apa yang bermakna walaupun murah. Dia akan hargai lebih dari apa yang kau mampu. Lepas abis dating, hantar dia kerumah. Tunggu dia masuk, dan baru kau blah. Bapak dia garang, dia takda masa nak keluar masa bapak dia ada. Jadi jika bapak dia takde. Kalau ada masa terluang, luangkan masa dengan dia. Text dia. Adakan diri kau dekat dia. Walaupun sekejap. Memang berat nak jaga seseorang perempuan. Tapi inilah hakikatnya. Please jadi yang terakhir untuk dia. Jaga dia elok elok. Jangan lukakan hati dia. Aku nak kau jadi orang first yang buat dia rasa gembira, bermakna dan terbaik dan mampu jaga dia.

Jangan risau bro, ko buat je apa yang aku nyatakan, ada banyak. Banyak sangat. Tapi ini adalah sample masa dengan aku. Tapi ada masa aku tak mampu buat mende ni. Kau try hard. Jangan pernah putus asa. Jadi gentle, guard dia dan Imam dia. Sebab aku yakin dekat kau. Kalau kau takut kehilangan walaupun kau dah buat apa yang aku nyatakan atau kau dah create satu langkah baru. Kau Halalkan dia. Dia takkan ada pengganti. Sebab dia adalah wanita terhebat walaupun kadang kadang dia annoying. Terlalu annoying. Tapi percayalah. Dia satu anugerah yang terindah yang kau dapat. Jaga dia elok2. Jangan bagitau dia apa aku cakap ni.
Jangan tergugat dengan aku. Kau lagi awesome bro. Dalam berjuta, kau terpilih. Aku okay, aku merelakan, dan aku sedar dia bukan jodoh aku. Sakit sekejap je, lepas ni okay.

Jangan risau, aku takkan ada didepan mata kau. Dan aku takkan pernah muncul dibelakang kau dan betray kau. Sebab respect tu penting. Percaya dekat dia. Dia tak pernah menipu. Dia jujur. Kalau dia kata suka, suka la. Kalau dia cakap tidak, tidaklah.

Jangan marah sebab aku kirimkan nota ni, aku sejarah dia. Dan kau adalah hala tuju dia. Dia ada perasaan sama macam perempuan lain.

Tahniah.
Amaran keras : Jaga dia, sayang dia macam kau sayang family kau. Tu saja.

Kau tidak akan pernah sesekali menjumpai syanaz seperti ini. Hargai dia.

Maaf lagi, aku perlu dan perlu nyatakan mende ni. Sebab hati aku takkan merelakan jika aku senyap. Jadi lepas menaip ni. Lega seleganya. Dan satu masa nanti kirimkan maaf aku kepada dia. Aku seseorang manusia yang terlepas.  Jangan bagitau dia. Rahsia. Rahsia aku dan Kau. Ni amanah aku. Jangan betray.
Shalom.

Syanaz Binti Ibrahim, kaulah rahsia terbesar aku.

No comments:

Post a Comment