Kadang kadang kita perlu sedar atas apa yang kita buat, mungkin kita tidak sedari, kerna kita hanya manusia yang pentingkan diri. Sakit memang sakit untuk melalui, walau kadang kadang tersinggah memori lampau, kita perlu melupai. Mungkin seketika atau selama lamanya. Biarpun indah. Biarpun ia menenangkan. Tapi jika diuli terlalu mendalam, ia sangat menyakitkan.
Dahulu, aku tidak pernah mengerti, apa itu cinta, aku jahil. aku tidak tahu hidup resam di dunia. Jadi tuhan anugerahkan seseorang yang bakal menyinari dan menemani kegelapan kau. Mungkin pada awalnya, tergambar wajahnya adalah kehidupan masa hadapan aku. Aku bersyukur, aku gembira.
Tetapi...
Kadang kala tuhan turunkan ujian pada hambanya yang begitu lalai dan dibuai dengan keindahan dunia. Tuhan ambik balik rasa itu atas perbuatan dan kejahilan aku. Memang rasa tidak adil kerna perasaan itu hanya kau seorang yang masih pegang. Orang yang buat janji, kau yang masih tepati janji.
Tak apalah, ucapkan terima kasih. kerana dia menyedarkan kau dari mimpi indah. Menyedarkan bahawa keikhlasan adalah kuncinya. Menyedarkan aku juga bahawa, apa yang dipinjam, walau bagaimana kau menjaganya. Walaup betapa sayangnya kau pada sesuatu, Jika sampai masa. Ia akan pergi juga.
Pahamilah hidup ini hanya sementara. Disana kekal selamanya.
Walaupun sakit, perit. Jadikan itu pengajaran. Bukan semua memahami. Siapa pernah menjalani. dia akan terkasima. Jangan memaksa pada seseorang yang telah pergi. Yang tak sudi. Lepaskan dia. Lepaskan dengan betol2 melepaskan. Jangan berharap. Jangan pernah meminta kembali. Mulakah perenggan yang baru. Tersiksa? Tak apa. Esok lusa kita akan bahagia juga.
Doakan mereka bahagia. Sakit sikit je. :)
No comments:
Post a Comment