Saturday, November 29, 2014

29/11/ konvo/sedih

Hari ini, sepatutnya adalah hari kegembiraan untuk aku.

Konvokesyen.

Penamat bagi sebuah pembelajaran dan kebebasan.

Aku harapakan kegembiraan kan kembali berputik.

Tapi sayang, aku telah melanggar peraturan.

Aku tegur dia. Tapi responnya masih sama.

Aku bukan yang pertama lagi. dan aku memang bayang-bayang yang tak pernah wujud.


takpelah, ujian akan terus ada. bersabarlah.

Sedih tanpa family, hidup diperantauan. Bekas kekasih dah tak peduli.
Hidup aku kembali di seret jalan. dipijak-pijak hati. tapi takpelah. kalau tak aku tak sedar.

Aku doakan kau tenang selalu. Berdoalah tanpa pernah rasa jemu. kerana itu je lah cara yang aku mampu.

Jangan jadi macam aku. Dah tersungkur. Baru nak menghargai. Pedih. memang pedih.
Tuhan saja yang tau.

Malam ini aku menangis sekali lagi. tak pasti bila kegembiraan akan kembali lagi. apa yang dipinjam telah diambil kembali. kalaulah boleh kupinjam sekali lagi. akan aku jaga dan hargai sekali lagi sepenuh hati. itu janji aku.

Tapi jika tiada lagi. Aku redha. Ada perancangan yang lebih baik untuk masa depan.

Amin.

No comments:

Post a Comment