Cinta tu datang banyak kali. tapi syg aku ni tak tau bila ia akan muncul lagi. Aku merelakan walaupun hati terpaksa. Terpaksa paksa pada awal. Mungkin esok lusa. Ok la. Aku berdoa, doa jodoh kepada dia, agar menjumpai seseorang yang pandai menghargai dia. Dia seorang yang kuat. Aku bukan melepaskan, Aku hanya terlepas. Mungkin pengembaraan aku dengan dia, cukup sampai disini. Jika ada part 2. Aku akan pastikan ending dan sambungannya lebih menarik, penamat yang sempurna. Namun jika tiada. Tiadalah.
Aku hanya mampu menahan ujian dari maha esa. Nak cuba lupakan, kerap pula datang dalam mimpi. Bukan aku mintak. Tetapi ia sesuatu pemberian.
Kepada seseorang yang berjaya curi hati buah hati ku. Aku berharap kau takkan lukakan hati dia. Kau jagalah dia sebaik mungkin. Jaga macam nyawa kau. Sebab dia pernah jadi nyawa aku. tapi aku manusia biasa yang tak pernah terlepas dari kesilapan.
Aku seseorang yang diberi hadiah paling bermakna. Tetapi terpaksa melepaskannya kerana situasi. Aku redha.
Jika diberi peluang sekali lagi untuk aku mengecap cinta kau. Aku akan berjuang sehabis habiskan untuk mendapatkan cinta kau. Dan menjaga kau. Seperti aku risaukan diri aku.
Semoga berjumpa lagi.
Syanaz...
No comments:
Post a Comment