Friday, April 17, 2020

Harga Diri

kalau nak bercerita tentang harga diri. Aku rasa sudah agak lama rasanya, harganya tiada nilai. Kalau nak di bincang soal kasta. Ianya mungkin ada sekaut, walaupun hanya sebanyak apa yang disentuh dihujung jari atau pun kiraannya sifar.

Kita mungkin karut dari segi banyak aspek. Dari soal kehidupan, dan perhubungan. Menjaga perassaan seseorang bukanlah sesuatu perkara yang remeh. Untuk mendapatkan kepercayaan itu.  Mungkin kita perlu bergantung pada keluhuran tuah yang telah dicatat. Kita tak mampu mencatat, kerna kita sudah di catat.

Adakah kita sedang diuji? atau kita diujikaji?

Cukuplah berharap, cukuplah diberi harapan. Kita hanya menjalani sesuatu yang terlalu bersimpang siur. Aku berusaha, tapi macam ada seribu satu halangan. Apakah aku tidak boleh mengubah sesuatu yang telah dicatat? Atau aku perlu berserah ?

Soal harga diri? Aku mahu bertanyakan kepada kamu, wahai si pemilik cinta ku yang disisihkan.
Apakah aku ini sedang diperguna? Terlalu banyak pertanyaan.

Tapi aku mahu penjelasan tentang rasa hati dan dimanakah harga diri ini?

seikhlas dan setulusnya.


No comments:

Post a Comment