Bila difikirkan balik, merelakan diri untuk membunuh diri kerana perempuan yang tidak menghargai kamu adalah sesuatu yang paling bodoh.
Kalau mati itu mampu membuatkan dia bersedih. Kau salah. Memang dia akan menangis. Tapi tangisannya hanya sementara. Kerana hidup ini ada tukar gantinya. Dari kesedihan kepada kegembiraan. Dari kegembiraan kepada kesedihan. Dari gelap kepada terang.
Fikirkan balik, apa tujuan kita hidup. Untuk sentiasa gembira tanpa ujian? Bila masa kita mahu bersedih dan terluka.?
Setiap ujian dan kegagalan kita, adalah permulaan pada suatu cerita yang baru. gagal sekali bukan bermakna gagal selamanya.
Buang manusia yang tidak menghargai kau, carilah yang bersesuaian dengan kau. Jangan paksa, jangan menggelabah. Tenang. Pasti ada suatu masa.
Tuhan sudah rancang sebaiknya di luh mahfuz. Takdir, jodoh dan mati kau.
Hilang sesuatu yang disayangi, ini bermakna, ada yang lebih baik dari itu. Sabar.
Hargai diri, kesabaran adalah kunci.
Move on.
Bukan bermaksud kau melupakan, aku tahu perkara macam ni tak boleh dilupakan dengan mudah, move on tu belajar terima hakikat. Redha dengan kehendaknya. Masa yang akan ubat kau. Tak ada sorang boleh tolong kau, walaupun dekat berjuta orang kau meyakinkan yang kau sayangkan dia. Orang yang kau sayang tu takkan pedulikan kau. sebab dia takkan rasa apa-apa. Kau je rasa. Jadi, kau harus berlapang dada. Perlahan-lahan, carilah keindahan dan ketenangan. Sebab tuhan tak pernah tidak bersikap adil. Kau break-up dengan dia pun mesti ada sebabnya. Kadang-kadang kau perasan, kadang kadang kau tak perasan. Sebab apa?
Sebab kau manusia biasa, dia pun manusia biasa.
Manusia tidak pernah terlepas melakukan kesilapan.
Lepaskan. Dan bertenang. Satu masa. Kau akan bersetuju dengan hakikat ini.
Aku pun sedang belajar dari kepedihan. Tapi masa, masa adalah ubat paling mujarab.
Allahuallam...
No comments:
Post a Comment